Tuesday, March 25, 2008

LAGI PERIHAL ANAK YATIM

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa, tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka

SUBURKAN SIKAP CAKNA

Anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka diberikan oleh Allah kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum mencapai umur baligh.

MEMULIAKAN ANAK YATIM


Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sesuai di semua zaman dan semua keadaan. Islam juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Keseragaman dan keserasian ini adalah adalah bermula dengan cara hidup yang mempunyai perasaan kasih sayang dan hormat menghormati dengan Syariat Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.


KEHIDUPAN










Kesusahan dalam hidup laksana musim dingin, basah dan lembab, tiada disukai oleh manusia dan binatang. tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula bunga-bunga yang harum dan buah yang subur.

Penderitaan hidup mengajar kita menjadi manusia yang menghargai kebaikan dan keindahan hidup.

CINTA


Ada satu kata yang dapat membebaskan kita dari beban dan luka kehidupan. kata tersebut adalah cinta

SEKADAR RENUNGAN


Akhlak yang baik akan tercermin dalam perilakunya sehari-hari terhadap sesiapapun, kata-kata yang keluar terasa menyejukkan, bersih dan tak pernah ada yang meluka.